Monday, October 25, 2010

Panduan Daftar Paypal Malaysia

Paypal? Pekebendanya tu?

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Menurut Wikipedia:
PayPal is an e-commerce business allowing payments and money transfers to be made through the Internet. PayPal serves as an electronic alternative to traditional paper methods such as cheques and money orders.
A PayPal account can be funded with an electronic debit from a bank account or by a credit card. The recipient of a PayPal transfer can either request a check from PayPal, establish their own PayPal deposit account or request a transfer to their bank account. PayPal is an example of a payment intermediary service that facilitates worldwide e-commerce.

Untuk register Paypal, anda WAJIB ada kad debit atau kad kredit untuk mendaftar Paypal. Untuk student yang belum bekerja tu, kad debit yang terbaik adalah kad debit Maybank Visa Debit ataupun Public Bank, free je. Kad debit ni hanyalah untuk activation Paypal anda sahaja, proses jual beli boleh gunakan bank akaun Savings anda.


Di antara kelebihan atau kebaikan memiliki akaun Paypal yang verified adalah:

1. Boleh menerima bayaran daripada pelanggan dari seluruh dunia. Anda tidak akan dapat kelebihan ini jika hanya menggunakan akaun bank sahaja untuk menerima bayaran bagi jualan anda di Internet. Akibatnya, hilang pelanggan berpotensi!

2. Cajnya rendah. Tiada yuran setup dan tiada bayaran tahunan atau bulanan seperti mana perkhidmatan yang lain. Di Paypal, anda hanya dicaj apabila menerima bayaran sahaja dan apabila mengeluarkan wang ke akaun bank anda.

3. Cepat digunakan. Untuk membuka akaun, dalam beberapa minit sudah siap. Berbeza dengan aplikasi lain, ia mengambil masa untuk setup itu dan ini. Malah, Paypal juga menyediakan kemudahan untuk membuat "Button Buy" yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja walau tiada kemahiran IT yang tinggi.

4. Kredibiliti. Paypal adalah di antara payment processor Online yang terbaik di Internet. Ia digunakan oleh kebanyakan pihak perniagaan dan individu. Jika anda meletak pilihan bayaran melalui Paypal, pembeli anda tidak akan meragui proses pembelian melalui kad kredit mereka. Selamat dan dipercayai.

Itulah dia di antara sebab mengapa kita memilih Paypal berbanding perkhidmatn yang lain. Tidak dinafikan kemudahan lain juga ada kelebihan masing-masing. Maka begitu juga Paypal, ia juga ada kelebihan sendiri.

5. Boleh berniaga di Ebay. Tidak menggunakan akaun Paypal untuk berniaga di Ebay umpama tidak cukup syarat berbisnes di Ebay. Paypal adalah milik Ebay. Pada tahun 2010, pihak Ebay telah menambah fungsi di Ebay.com.my iaitu peniaga di Ebay Malaysia boleh menerima bayaran melalui Paypal.


Langkah Pertama adalah layari www.paypal.com. Klik Create Account.




Kemudian korang akan dibawa ke page seterusnya. Pilih PERSONAL account dan klik Get Started.

Seterusnya page seperti kat bawah ni akan muncul, isi detail peribadi anda. Pastikan segala detail diisi dengan betul. Untuk area kad kredit, masukkan number kad debit/kad kredit.






Lepas dah isi semua detail, klik Agree and Create Account.

Seterusnya adalah untuk confirm registeration anda. Seterusnya adalah check email yang telah anda masukkan tadi dan click untuk confirm registeration anda.


Apa yang korang perlu buat sekarang adalah verify akaun paypal korang. Tengok kat bawah ni, akaun Unverified kan. So,apa tujuan verify? Tujuan verify adalah untuk membolehkan korang buat transaction keluar masuk wang kat akaun Paypal. Kira untuk aktifkan korang punya Paypal supaya boleh beroperasi dengan lancar.
 

Seterusnya Paypal akan meminta anda untuk mengesahkan bahawa kad kredit/debit yang guna untuk register adalah benar milik anda. Caj sebanyak USD1.95 akan dikenakan apabila anda setuju.

Paypal akan menghantar 4 digit nombor yang akan keluar di bil akaun kad kredit/debit korang. Untuk pengguna maybank2u, ini adalah kelebihan anda kerana urusan anda akan jadi lebih pantas dan mudah. 4 digit nombor di salinan transaksi di maybank2u anda akan digunakan untuk lengkapkan registeration anda. Setelah ia lengkap, USD1.95 yang telah dikenakan ke atas kad kredit/debit anda akan dipulangkan kembali (masuk dalam paypal).

LENGKAP! Itu saja lah langkah untuk daftar akaun Paypal anda. Harap artikel kali ini dapat membantu.


Jika anda mahukan penerangan yang detail dan langkah demi langkah, saya amat mencadangkan anda mendapatkan ebook panduan di sini:





Hidup Program PTC!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...