Sunday, November 21, 2010

Cara pilih Program PTC

Cara pilih Program PTC

  • Lama
  • Banyak bukti pembayaran
  • Design menarik (menggambarkan kesungguhan pemilik)
  • Ada support forum
  • Bertanya pada yang arif lagi bijaksana

Langkah Penting Sebelum Join Apa-apa Program PTC

Oklah..terus terang la ye. Buat program PTC ni taklah kaya, tapi bolehlah cover bayar duit bil itu ini. Ynag penting, matlamat yang kita cari iaitu ‘Pendapatan Sampingan’. Tak sampai 10 minit pun masa korang luangkan untuk sesebuah program PTC ni.

Langkah penting menyertai Program PTC:
  1. Buka akaun Paypal/Alertpay
  2. Pilih PTC, Daftar PTC, Klik Iklan
  3. Rekrut Ahli Percuma

Bolehke PTC ni buat duit?

Terpulang kepada anda sendiri. Baca, lihat, nilai dan fikir sendiri. Manusia ni memang susah nak percaya sehinggalah merasa dapat usd pertama melalui internet ni. Saya sebenarnya berfikiran macam tu juga sampailah tibanya tarikh 22 Oktober 2010 dimana saya tak perasan pun dan sampai limit untuk cashout iaitu sebanyak usd2. So, saya try cashout ke akaun paypal dan NAH! Tengok la gambar bawah ni. Bukti saya dapat usd2.08 tak sampai 24jam saya cashout.






(Tunggu + Lihat) x  (Tunggu + Lihat) = usd0.00
(Join + Klik) x (Join + Klik) = usd2.08

 
Hek Eleh...Sikitnye~
 
Saya tahu itu yang korang akan kata. Tapi, lebih baik dari tak dapat apa-apa langsung kan? Tak payah susah-susah nak fikir nak buat ebook, kelas atau bukak gerai. Join je pastu klik sambil-sambil chatting, facebook atau blogging.

Asas Program PTC

Asas Program PTC:
  1. Keahlian pada kebiasaanya adalah PERCUMA.
  2. Hanya perlu maintain klik iklan setiap hari. Nilai iklan bergantung kepada syarikat PTC tu. Ada yang 4 je dan ade yang samapai 7 iklan sehari. 
  3. Duit yang dibayar datangnya dari pengiklan. Kita dibayar sebagai penarik trafik kepada beberapa iklan yang dipaparkan. Paling minimum bayaran bagi 1 klik adalah usd0.01.
  4. Program PTC ni mampu memberikan anda  pendapatan sampingan sehingga usd10 setiap hari jika kena dengan caranya (kita akan bersama-sama menuju ketahap itu).
  5. Maintain klik iklan setiap hari untuk mencapai limit cashout yang diperlukan.
Banyak sangat program PTC kat internet ni. Banyak jugak yang scam dan ramai yang telah rugi masa dan tenaga. Tetapi anda jangan risau, kita sama-sama akan bergerak supaya risiko yang ada kurang. Yang perlu anda lakukan sekarang hanyalah BERTINDAK!

Pengenalan Program Paid-To-Click (PTC)

Untuk makluman korang semua, Paid-To-Click (PTC) ni merupakan salah satu cabang dalam program percuma Get-Paid-To (GPT). GPT ni termasuklah Paid-To-Read (PTR), Paid-To-Share (PTS) dan banyak lagi jenis-jenis Paid-To ni. 

Ramai sangat orang yang dah join bermacam-macam program tapi still tak dapat hasilnya. Ini kerana, kebanyakkan GPT adalah scam (tipu). TETAPI, bukan semuanya scam (tipu), kalau  pandai menilai ikut beberapa kriteria, kita mampu jana sedikit sebanyak wang daripadanya. 

Blog ni pun bertujuan menyenaraikan beberapa program yang betul-betul membayar supaya dapat kita memanfaatkannya bersama-sama.

Oklah..kita teruskan dengan apa itu PTC..

Paid-To-Click pada asasnya adalah sebuah bisnes pengiklanan dimana pengiklan membayar mereka sejumlah wang untuk iklan mereka di paparkan di internet. Untuk mendapatkan pelawat iklan tersebut, tertubuhlah sistem Paid-To-Click dimana kita akan dibayar untuk klik link tertentu. Itu saja. Mudah kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...